5372
2023-03-11 09:31:33
Open
Shafie bin Wahab
Kejohanan Dunia Badminton, BWF
11 March 23
2022-09-01
Malaysia
Terengganu
Internal
Microsoft® Word 2019
Black and white
Bernama
Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik
mula memasang impian untuk meraih ranking nombor satu dunia dan gelaran sulung
Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Selepas berjaya menamatkan badi sering tewas di peringkat separuh akhir dengan
merangkul gelaran bersejarah Kejohanan Dunia pada Ahad lepas, dua misi tersebut
menjadi motivasi kepada beregu nombor lima dunia itu untuk bekerja lebih keras.
Aaron, 25, mengakui status juara dunia itu meningkatkan lagi cabaran buat mereka
untuk melihat dengan lebih serius setiap kejohanan disertai disebabkan dengan
gelaran tersebut mereka bakal menjadi ‘buruan’ lawan.