5558
2023-03-22 12:10:52
Open
Ahmad Izzudin bin Ramli
Perikanan, Nelayan, Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
22 March 23
1987-07-09
Terengganu
Private sector
Black and white
Utusan Malaysia
Kira-kira 800 orang nelayan, peraih dan pemborong ikan yang kecewa dengan sistem percubaan pertama lelong terbuka di Kompleks Pemasaran Ikan Kuala Besut akan memulaukan sistem itu sekiranya Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) tidak melantik seorang pegawai pelelong dan menukarkan pegawai pemasarannya. Ini disebabkan, mereka mempunyai keyakinan kegagalan sistem itu adalah disebabkan pegawai yang tidak berpengalaman dan tidak mengambil tahu masalah yang dihadapi oleh mereka yang terlibat dengan sistem baru yang diperkenalkan itu.