5564
2023-03-22 15:58:00
Open
Ahmad Izzudin bin Ramli
Perikanan, Nelayan, Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT)
22 March 23
1987-08-04
Terengganu
Private sector
Black and white
Berita Harian
Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) meminta kerajaan melantik wakil nelayan di Parlimen untuk menyuarakan kepentingan mereka mengenai kegiatan perikanan di negara ini. Ini adalah usul tergempar wakil Persatuan Nelayan Johor dalam mesyuarat agung kedua Nekmat di Kuala Lumpur kelmarin. Pengerusi Nekmat, Encik Hassan Ismail, berkata walaupun masalah nelayan sering dikemukakan kepada pihak atas, termasuk menteri yang berkenaan, tetapi langkah yang diambil tidak berkesan. Sekiranya ada wakil nelayan di Parlimen, semua masalah dan cadangan mengenai kegiatan perikanan di negara ini boleh disuarakan, di samping setiap dasar perikanan yang akan digubal tidak bercanggah dengan kehendak nelayan. Beliau berkata,