6963
2023-09-06 11:48:41
Open
Shafie bin Wahab
Tembikai, Fertigasi
06 September 23
2022-10-05
Malaysia
Internal
Black and white
Bernama
Seramai 20 peserta program Farmers Field
School yang mengusahakan tanaman tembikai menggunakan sistem fertigasi meraih
pendapatan lumayan antara RM10.000 hingga RM40.000 sehektar dalam tempoh
tiga bulan.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi
Salleh berkata secara keseluruhan, peserta program yang merupakan petani dari
daerah Pasir Puteh dan Bachok, mengusahakan tembikai di kawasan seluas 15.5
hektar bermula Ogos lepas sebagai tanaman percubaan.
"Sebahagian daripada 18 tan metrik hasil tanaman akan dieksport ke China menerusi
sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur dengan harga lantai RM2.60 sekilogram.
Sebahagian lagi akan dijual kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
(FAMA) dan dipasarkan di kawasan sekitar," katanya.