7011
2023-09-11 10:25:02
Open
Shafie bin Wahab
SULUNG, Program Pembangunan Siswa
11 September 23
2022-10-02
Malaysia
Internal
Black and white
Bernama
Tujuh puluh enam pelajar dalam kalangan B40 dipilih
melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi awam bagi semester baharu Oktober
ini menerusi Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG).
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata program di bawah
inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) itu merupakan projek perintis melibatkan
lapan universiti awam di negara ini, bertujuan membantu anak sulung dalam keluarga
B40 melanjutkan pengajian ke universiti.
Beliau berkata menerusi program itu, pelajar terpilih bukan sahaja memberi laluan
khusus kemasukan pelajar B40 ke universiti awam tetapi turut ditawarkan biasiswa,
elaun bulanan, asrama, pementoran dan sehingga pelajar mendapat pekerjaan.