7406
2023-10-22 14:16:39
Open
Shafie bin Wahab
Fatwa, Ritual
22 October 23
2023-02-02
Malaysia
Internal
Black and white
Bernama
Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) hari
ini mengeluarkan fatwa mengenai larangan ke atas orang Islam hadir ke upacara ritual
perayaan penganut agama bukan Islam di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Mohd Fared Mohd
Khalid berkata ia sebagai menjunjung titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum
Sultan Iskandar yang memperkenan fatwa berkenaan berkuat kuasa hari ini.
Beliau berkata para ulama daripada empat mazhab iaitu Syafie, Hanafi, Maliki,
Hanbali, telah sepakat bahawa hukum umat Islam menghadiri upacara ritual perayaan
keagamaan bukan Islam adalah haram dan dilarang.