7407
2023-10-22 14:22:16
Open
Shafie bin Wahab
Keselamatan Siber, Kepintaran Buatan
22 October 23
2023-02-15
Malaysia
Internal
Black and white
Bernama
Malaysia telah dipilih sebagai Pusat Operasi
Keselamatan Siber (CSOC) pertama Siemens Energy di rantau Asia-Pasifik, sekali
gus meletakkan negara di peta dunia sebagai kuasa besar keselamatan siber
serantau.
Siemens Energy, syarikat teknologi tenaga utama dunia, dalam kenyataan hari ini,
memaklumkan CSOC dilengkapi dengan Teknologi Keselamatalan Siber (OT)
Managed Detection Response (MDR), khusus untuk memantau, mengesan dan
mengurangkan ancaman ancaman siber pada infrastruktur kritikal seperti tenaga dan
utiliti.
“Pusat inovatif ini memanfaatkan Kepintaran Buatan (AI) dan pasukan pakar
keselamatan siber khusus untuk menyediakan pemantauan, pengesanan dan
sokongan krisis tepat pada masanya untuk menjamin persekitaran operasi
perniagaan 24/7 dan memastikan kesinambungan operasi," menurut syarikat itu.