7422
2023-10-23 09:59:28
Open
Shafie bin Wahab
Songket, Tenun
23 October 23
2023-02-15
Malaysia
Internal
Black and white
Bernama
Walaupun hilang keupayaan melihat,
namun 'mata hati' seorang ibu tunggal, Gayah Awang cukup terang sehingga mampu
menenun songket dengan hanya berdasarkan deria sentuhan dan mengingati kaedah
tenunan dipelajarinya sejak zaman kanak-kanak.
Bukan senang hendak menghafal susun atur b enang dan ‘rentak’ menenun tanpa
deria penglihatan, namun Gayah, 54, tetap bertekad untuk meneruskan kemahiran
unik yang diwarisi daripada nenek moyangnya itu, sementelah ia juga merupakan
punca utama pendapatan keluarga.
Mesra disapa Mok Su, ibu tunggal empat anak kematian suami kira-kira 20 tahun
lepas itu memberitahu nikmat melihat dengan jelas dan terang hilang sedikit demi
sedikit ketika usianya menginjak remaja akibat penyakit saraf yang merupakan
penyakit genetik dalam keluarganya.