7429
2023-10-23 11:18:35
Open
Shafie bin Wahab
Piza, RISDA
21 October 23
2023-02-21
Malaysia
Internal
Black and white
Bernama
Bermula sekadar hobi membuat piza di rumah,
ibu kepada seorang cahaya mata kini menjadi pembuat piza atau ‘pizzaiolo’ yang turut
memiliki kedai sendiri.
Menurut Nurmasturina Najihah Hassin, 26, selepas tiga tahun memulakan perniagaan
itu, piza air tangannya semakin mendapat permintaan ramai.
"..pada mulanya saya menjadikan aktiviti memasak piza sebagai hobi selepas belajar
daripada abang saya, Muhammad Aizatul Faiz,
"Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020 lalu, saya
memberanikan diri mencuba membuat jualan dari rumah. Alhamdulillah jualan agak
memberangsangkan, jualan pernah mencapai 100 piza sehari walaupun dalam
tempoh PKP," katanya ketika ditemui pemberita di kedainya, Quee’N Pizza, di Bandar
Baru, di sini hari ini.