7773
2023-12-06 09:48:26
Open
Shafie bin Wahab
Pengganas, Sulu
06 December 23
2023-04-11
Malaysia
Black and white
Bernama
Salah seorang penuntut daripada Kumpulan Sulu
yang dikenali sebagai Fuad A Kiram telah diklasifikasikan sebagai pengganas, kata
Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEU) Jabatan Perdana
Menteri Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.
Beliau berkata Fuad telah disenaraikan dalam entiti yang diklasifikasi sebagai
pengganas di bawah Seksyen 66B Akta Akta Pencegahan Pengubahan Wang
Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram
(AMLATFPUAA) 2001 berkuat kuasa 6 April lepas.
“Kementerian Dalam Negeri telah me maklumkan bahawa seorang penuntut Fuad A
Kiram yang juga salah seorang pengasas Royal Sulu Force iaitu satu kumpulan
pengganas, telah diklasifikasikan sebagai entiti pengganas oleh kerajaan,” katanya
dalam satu taklimat media di sini hari ini.