7906
2023-12-17 16:06:44
Open
Fazlizan bin Abd Ghani
Agama Islam, Imam Al-Asy'ari
17 December 23
2023-12-17
Malaysia
Color
Harian Metro
Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari (260-324H) muncul di tengah-tengah krisis pemikiran akidah yang berlaku dalam kurun ketiga Hijrah dengan membawa manhaj perbahasan ilmiah lebih kemas dan tersusun serta menggabungkan aspek naqli serta aqli secara berdisiplin. Matlamat beliau adalah mempertahankan akidah Salaf yang sebenar daripada kekeliruan golongan Hasyawiyyah yang terkesan dengan fahaman antropomorfisme (tasybih dan tajsim) dan kesesatan golongan Muktazilah yang melampau dalam mengangkat fahaman rasionalisme (aqlaniyyah).