7913
2023-12-18 09:49:21
Open
Shafie bin Wahab
Pelancongan, Asia Barat
18 December 23
2023-04-11
Malaysia
Black and white
Bernama
Pulau Pinang melancarkan buku kecil dan risalah pelancongan terbarunya dalam bahasa Arab untuk mempromosikan negeri itu sebagai destinasi pilihan untuk pelancongan dan pelaburan dari rantau Asia Barat.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Yeoh Soon Hin, berkata memandangkan lebih ramai warga negara-negara Asia Barat keluar ke luar negara untuk tujuan melancong dan perniagaan, maka kempen dan inisiatif perlu dibangunkan untuk menerokaI pasaran rantau itu.
“Asia Barat adalah sumber pelancongan yang semakin berkembang di banyak negara dan saya anggap ia juga salah satu pasaran penting yang harus menjadi sasaran kita.
"Sebelum pandemik COVID-19, pada 2019, Malaysia menerima kira-kira 400,000 pengunjung dari Asia Barat. Namun, kita dapat lihat tidak banyak perhatian diberikan kepada pasaran ini sebelum ini.