7915
2023-12-18 09:57:46
Open
Shafie bin Wahab
Olahraga, Lebur rekod
18 December 23
2023-04-16
Malaysia
Black and white
Bernama
Atlet olahraga negara Shereen Samson Vallabouy meleburkan rekod 400 meter (m) kebangsaan yang telah berusia 30 tahun apabila berjaya mencatatkan 51.80 saat (s) di Kejohanan Olahraga Tahunan Mt SAC Relays ke-63, California, Amerika Syarikat, awal pagi tadi.
Pada kejohanan yang berlangsung di Stadium Hilmer Lodge itu, Shereen yang mewakili Winona State University di Minnesota, berjaya memperbaharui rekod milik Allahyarhamah Rabia Abdul Salam iaitu 52.56s yang dilakukan pada 1993, di Filipina.
Menurut laman sesawang kejohanan itu, https://finishedresults.trackscoreboard.com anak perempuan kepada pasangan bekas pelari trek negara, Samson Vallabouy dan Josephine Mary itu menamatkan saingan di kedudukan kelima di belakang Ziyah Holman dari University of Michigan yang menduduki tangga keempat dengan 51.60s.