7916
2023-12-18 10:03:35
Open
Shafie bin Wahab
Bahasa, Bahasa Melayu
18 December 23
2023-04-10
Malaysia
Black and white
Bernama
Di sebalik namanya dikenali kerana sering membantu rakyat Malaysia ditimpa kecelakaan ketika mengembara di Thailand seperti nahas jalan raya, Abdul Halim Othman juga aktif mengajar ilmu fardu ain dan bahasa Melayu secara percuma kepada kanak-kanak Thailand.
Abdul Halim, 55, yang kini tinggal di Kampung Pak Bara, Wilayah Satun, Thailand selepas berkahwin dengan rakyat negara itu mula mengajar kanak-kanak berusia antara lima hingga lapan tahun sejak 12 tahun lepas di tadika Misbahuddin pada setiap hujung minggu.
Beliau yang lebih dikenali Cikgu Joe Satun berkata tadika Misbahuddin yang terletak di mukim Ban Khuan itu bertujuan memberi peluang kepada kanak-kanak daripada keluarga miskin sekitar kampung itu mendapatkan pendidikan asas Islam selain memartabatkan bahasa Melayu kepada generasi muda.