7917
2023-12-19 09:52:53
Open
Shafie bin Wahab
Parlimen, Akta
19 December 23
2023-05-22
Malaysia
Black and white
Bernama
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenankan lima akta yang diluluskan pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 yang lepas.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Alice Lau Kiong Yieng berkata ia membabitkan Akta Perbekalan 2023; Perbekalan Tambahan (2022) 2023; Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023; Akta Kanun Acara Jenayah (Pindaan) 2023 dan Akta Levi Keuntungan Luar Biasa (Pengesahan) 2023.
Beliau berkata demikian ketika memulakan Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Parlimen ke-15, di sini hari ini.
Alice turut memaklumkan dewan mengenai perutusan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim yang menyatakan persetujuan Dewan Negara terhadap kesemua 13 rang udang-undang yang diluluskan Dewan Rakyat pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 yang lepas.