7919
2023-12-19 10:02:41
Open
Shafie bin Wahab
Dewan Rakyat, Rang Undang-Undang (RUU)
19 December 23
2023-05-23
Malaysia
Black and white
Bernama
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Kesihatan Mental (Pindaan) 2023, yang antara lain membolehkan pegawai intervensi krisis menangkap mana-mana orang yang cuba membunuh diri.
Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Ramkarpal Singh berkata pindaan itu bertujuan meminda Akta Kesihatan Mental 2001 (Akta 615), susulan pemansuhan kesalahan percubaan bunuh diri di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan (Akta 574).
“Buat masa ini pegawai intervensi krisis hanya melibatkan pegawai polis, pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, pegawai bomba dan pegawai bomba bantuan, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan pegawai kebajikan masyarakat, kerana proses selamatkan mangsa perlu latihan spesifik dan kepakaran yang mencukupi.