7920
2023-12-19 10:06:24
Open
Shafie bin Wahab
Politik, Fitnah
19 December 23
2023-05-05
Malaysia
Black and white
Bernama
Tun Dr Mahathir Mohamad memfailkan saman fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menuntut ganti rugi RM150 juta berhubung ucapan Perdana Menteri ke-10 itu di Kongres Nasional Khas Malaysia Madani: “Perlaksanaan Sebuah Idealisme” pada Mac lepas.
Dr Mahathir, yang juga bekas perdana menteri selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Law Practice of Rafique di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 3 Mei lepas dengan menamakan Anwar selaku defendan tunggal.
Dalam pernyataan tuntutan, Dr Mahathir mendakwa pada 18 Mac lepas, Pengerusi Pakatan Harapan itu telah memberikan ucapan di kongres berkenaan di Stadium Melawati, Shah Alam dan telah mengeluar beberapa kenyataan yang berbaur fitnah bertujuan untuk menjatuhkan reputasi plaintif.