7922
2023-12-19 10:18:31
Open
Shafie bin Wahab
Bencana, Cuaca
19 December 23
2023-05-05
Malaysia
Black and white
Bernama
Fenomena cuaca panas yang melanda negara ketika ini bukan sahaja membataskan aktiviti harian masyarakat malah turut menjejaskan hasil golongan petani dan pekebun getah terutamanya di kawasan Jempol di Negeri Sembilan dan Padang Terap di Kedah yang sebelum ini dilaporkan merekodkan status cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga).
Pekebun getah di Jempol, Jamal Borhan, 52, berkata cuaca panas ketika ini menyebabkan daun pokok getah banyak gugur dan susu getah berkurangan hingga mempengaruhi pengeluaran hasil sekali gus menjejaskan pendapatannya.
“Kalau dahulu boleh dapat dalam 100 ke 200 kilogram getah seminggu tetapi sekarang berkurang hampir separuh. Biasanya kalau toreh awal pagi, boleh dapat susu yang agak banyak tapi sekarang tidak, hanya dapat sikit sahaja.
“Hasil jualan diterima merosot 40 hingga 50 peratus akibat cuaca panas sejak beberapa minggu lepas sehingga turut menjejaskan pendapatan,” katanya kepada Bernama hari ini.