7923
2023-12-19 10:32:18
Open
Shafie bin Wahab
Feri, APMM
19 December 23
2023-05-06
Malaysia
Terengganu
Black and white
Bernama
Sebuah feri yang membawa 79 penumpang termasuk kru yang dalam perjalanan ke Jeti Taman Tamadun Islam (TTI) di sini terbakar dalam kejadian petang tadi.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu Kapten Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid berkata pihaknya menerima laporan daripada Pusat Kecil Mencari dan Menyelamat Maritim Kuantan pada 3 petang.
"Feri berkenaan membawa 79 individu dipercayai dalam perjalanan dari Pulau Redang menuju ke Jeti TTI sebelum terbakar ketika berada berhampiran Pulau Bidong.
"Bertindak atas laporan, dua aset milik APMM telah digerakkan ke lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata kesemua mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah dipindahkan ke Jeti TTI.