7948
2023-12-20 10:12:13
Open
Shafie bin Wahab
ACCA, Akauntan
20 December 23
2023-05-07
Malaysia
Black and white
Bernama
Seorang penghafaz al-Quran atau ‘hafizah’ meraih pencapaian cemerlang apabila menduduki tempat kedua peringkat dunia dalam peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) bagi sesi Mac lepas.
Pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Dungun, Safwa Zamri, 19, menerima Top ACCA Foundation in Accountancy (FIA) Prize bagi kertas ‘FA1-Rekod Transaksi Kewangan’ dengan memperoleh markah 98 peratus, sekali gus berada pada kedudukan pertama di Malaysia.
Safwa berkata beliau tidak mempunyai asas pengajian perakaunan kerana mengambil aliran sains tulen dan hafazan (agama) ketika belajar di Sekolah Menengah Imtiaz Besut.
“Saya memperoleh keputusan 12 A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan berjaya hafaz 30 juzuk al-Quran ketika berada di tingkatan dua iaitu selepas dua tahun menghafaz al-Quran.