7947
2023-12-20 10:05:10
Open
Shafie bin Wahab
KKM, WHO
20 December 23
2023-05-01
Malaysia
Black and white
Bernama
Produk sirap ubat batuk Guaifenesin Syrup TG Syrup yang dikilangkan oleh QP Pharmachem Ltd (Punjab, India) didapati tidak berdaftar di negara ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan. Beliau berkata ia berdasarkan semakan yang dilakukan terhadap pangkalan data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) berkaitan produk berkenaan.
“Pengambilan produk sirap ubat batuk yang tercemar dengan diethylene glycol (DEG) dan ethylene glycol (EG) adalah toksik kepada manusia yang boleh memberikan kesan seperti sakit pada bahagian abdomen, muntah, cirit-birit, kesukaran untuk membuang air kecil, sakit kepala, perubahan pada keadaan mental dan kecederaan yang teruk pada buah pinggang.