7963
2023-12-21 09:30:10
Open
Shafie bin Wahab
Kalimah Allah, Majlis Raja-Raja
21 December 23
2023-05-17
Malaysia
Black and white
Bernama
Jemaah Menteri telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mempersembahkan cadangan-cadangan bagi mengukuhkan penguatkuasaan dasar berhubung kalimah ‘Allah’ kepada Majlis Raja-Raja.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan hari ini berkata ia turut melibatkan cadangan memperkukuh perpaduan dan keharmonian antara kaum dan agama di Malaysia.
Perkara itu antara yang dibincangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri hari ini berhubung keputusan Peguam Negara untuk menarik balik rayuan terhadap kes Jill Ireland Lawrence Bill berhubung bahan penerbitan yang mengandungi kalimah ‘Allah’.
Anwar berkata Jemaah Menteri mengambil maklum bahawa keputusan menarik balik rayuan hanya berkisar soal pentadbiran dan tidak merubah ketetapan mahkamah pada 2014.