7965
2023-12-21 09:34:42
Open
Shafie bin Wahab
Parti Politik, ADUN
21 December 23
2023-05-22
Malaysia
Black and white
Bernama
Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia (KDM) mengambil sikap terbuka dan menerima keputusan bekas Timbalan Presidennya Datuk Juil Nuatim yang mengumumkan keluar daripada parti itu, semalam.
Presidennya Datuk Peter Anthony berkata KDM tidak ada sebarang masalah berhubung tindakan Juil kerana ia adalah hak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau itu untuk meneruskan hala tuju politik beliau.
“Kita mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau (Juil) kalau itulah keputusan yang dipilihnya. Kita tiada masalah kerana negara kita mengamalkan sistem demokrasi untuk memilih hala tuju masing-masing. (Hubungan) kami masih bagus…kami orang politik,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Ketika mengumumkan keluar parti, Juil berkata, beliau kini adalah seorang ADUN Bebas yang menyokong kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan menegaskan tiada sebarang perselisihan dengan Peter, namun, hanya untuk membawa pembangunan di kawasan beliau.