7967
2023-12-21 09:51:28
Open
Shafie bin Wahab
Al-Quran, Rasm Uthmani
22 December 23
2023-05-22
Malaysia
Black and white
Bernama
Kerajaan tidak akan membenarkan al-Quran diterbitkan dalam tulisan rumi atau bahasa-bahasa lain selain bahasa bahasa Arab di negara ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata perkara itu jelas dinyatakan di dalam peruntukan undang-undang di bawah Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (APTQ 1986) (Akta 326).
“Al-Quran mestilah menggunakan teks asal iaitu dalam bahasa Arab sahaja di negara ini, ini jelas kementerian tekankan.
"KDN juga merujuk keputusan Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) kali ke-24 yang bersidang pada 5 dan 6 Jun 1989 bahawa adalah haram ditulis atau digunakan mana-mana bahagian dalam al-Quran dengan tulisan yang bukan huruf Arab atau bukan sistem tulisan al-Quran,” katanya.