7969
2023-12-21 10:15:57
Open
Shafie bin Wahab
Bencana Alam, Strok Haba
21 December 23
2023-05-13
Malaysia
Black and white
Bernama
Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 14 kes berkaitan dengan cuaca panas setakat semalam, kata Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Suani.
Beliau berkata daripada jumlah itu masing-masing empat kes strok haba dan kelesuan haba, manakala enam kes lagi kes kejang haba.
"Mengikut rekod kes berkaitan cuaca panas ini, enam kes dilaporkan di Kelantan, Sarawak (5) dan Sabah (3) sehingga semalam dengan paling ramai membabitkan golongan dewasa iaitu tujuh kes.
"Bagaimanapun, kesemua kes yang dirujuk ke hospital telah pulih kecuali satu kes meninggal dunia melibatkan kanak-kanak berumur 11 tahun di Kelantan disebabkan strok haba," katanya.