7971
2023-12-26 10:03:50
Open
Shafie bin Wahab
Ribut, Bencana
26 December 23
2023-05-18
Malaysia
Black and white
Bernama
Lebih 10 buah rumah rosak teruk selepas dilanda ribut dalam kejadian di Kampung Padang Mengkuang, Berangan dekat sini, petang semalam.
Seorang mangsa, Ambak Mohd, 79, berkata ketika kejadian pada 3.30 petang itu, dia bersama tiga ahli keluarga yang lain sedang berehat di rumah selepas makan tengah hari. Ambak berkata tiba-tiba angin kuat membadai rumahnya menyebabkan lebih daripada sebahagian bumbung tercabut.
"Waktu itu hujan tidaklah terlalu lebat, tetapi angin memang sangat kuat dan bunyi yang kuat agak menakutkan.
"Anak lelaki saya mengarahkan kami semua keluar dari rumah kerana bimbang bumbung tersebut akan menimpa kami," katanya ketika ditemui di rumahnya malam tadi.