7975
2023-12-26 10:29:57
Open
Shafie bin Wahab
MSGH, Perut
26 December 23
2023-05-25
Malaysia
Black and white
Bernama
Penyakit membabitkan perut dan usus di Malaysia menunjukkan trend peningkatan setiap tahun dengan mangsa termuda dikesan setakat ini berusia enam bulan.
Presiden Persatuan Gastroenterologi dan Hepatologi Malaysia (MSGH) Prof Dr Lee Yeong Yeh berkata kebiasaannya pesakit diperingkat umur 50 tahun didiagnosis mengalami penyakit tersebut, namun trend mula berubah sejak beberapa tahun kebelakangan yang melibatkan golongan lebih muda.
"Bayi berusia enam bulan yang dikesan mengalami penyakit berkaitan perut dan usus itu didapati hilang selera makan, kekurangan zat dan kerencatan tumbesaran," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian Makmal Fungsi Gastrousus dan Mobiliti Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), oleh Pengarahnya Prof Datuk Dr Nik Hisamuddin Nik Rahman di sini hari ini.