7976
2023-12-26 10:33:34
Open
Shafie bin Wahab
Usahawan, MDEC
26 December 23
2023-05-22
Malaysia
Black and white
Bernama
Kementerian Komunikasi dan Digital menerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menyediakan Program eUsahawan bagi tujuan membina budaya lebih inklusif ke arah penggunaan teknologi digital.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata program itu juga bagi menyokong pembangunan kemahiran keusahawanan digital terutama dalam bidang pemasaran digital dan e-dagang.
“Program eUsahawan menyediakan pelbagai latihan peningkatan kemahiran digital yang dilaksanakan secara dalam talian dan fizikal kepada usahawan dan peniaga kecil tempatan di seluruh Malaysia,” katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.