7980
2023-12-26 11:34:35
Open
Shafie bin Wahab
Everest, Pendaki
26 December 23
2023-05-22
Malaysia
Black and white
Bernama
RJ Nagarajan membuktikan dengan semangat yang kental rakyat Malaysia mampu mencipta kejayaan apabila beliau menjadi rakyat kedua negara ini yang berjaya mendaki kesemua tujuh puncak tertinggi di kesemua tujuh benua selepas berjaya menawan puncak Gunung Everest hari ini.
Menurut pengasas ZEROTO8000 Mohd Khafiz Bachok, Nagarajan, 59 yang lebih mesra dipanggil RJ atau Rajan berjaya menawan puncak Gunung Everest pada 10.30 pagi waktu tempatan atau (12.45 tengah hari) waktu Malaysia hari ini.
“Tahniah buat seorang lagi anak Malaysia, RJ Nagarajan, 59 tahun, yang berjaya mendaki puncak tertinggi dunia Gunung Everest pada ketinggian 8,850 meter dari aras laut tepat jam 10.30 pagi ini sekali gus menjadi rakyat Malaysia kedua berjaya mendaki semua tujuh puncak tertinggi di tujuh benua versi Reinhold Messner dan pendaki keempat di Malaysia yang di kenali sebagai “World 7 Summit”.