7984
2023-12-26 12:34:21
Open
Shafie bin Wahab
Artifak, Arkeologi
26 December 23
2023-05-31
Malaysia
Black and white
Bernama
Rangka manusia prasejarah ditemukan di Gua Keledung Kecil di Lembah Nenggiri, Kelantan bersama beberapa artifak lain pada November tahun lepas.
Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya (MOTAC) berkata rangka berkenaan dijumpai penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diketuai Felo Kanan, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM Prof Madya Dr Zuliskandar Ramli semasa menjalankan kerja-kerja Ekskavasi Arkeologi Menyelamat untuk Projek Hidroelektrik Nenggiri.
“Penemuan rangka manusia prasejarah di Gua Keledung Kecil merupakan antara jumpaan penting kepada warisan arkeologi negara.
“Ini kerana, ia secara tidak langsung menyumbang kepada dapatan fakta baharu berkait amalan pengebumian dan evolusi sosiobudaya kehidupan zaman prasejarah khususnya di Lembah Nenggiri, Kelantan,” menurut MOTAC dalam kenyataan hari ini.