8662
2024-02-05 16:27:59
Open
Anis Sofea Thalaha
Ekonomi, Kos Barangan Harian
05 February 24
Malaysia
Color
Kuala Lumpur
KOTA BHARU: Harga beberapa jenis sayur-sayuran di daerah ini naik lebih 10 peratus sejak dua minggu lalu berikutan kekurangan bekalan dan permintaan tinggi.
Tinjauan di Pasar Besar Siti Khadijah di sini, mendapati harga kacang panjang naik daripada RM5 kepada RM8 sekilogram (kg); lada merah besar RM12 kepada RM18kg; lada solok daripada RM16 kepada RM27kg; cili padi merah daripada RM12 kepada RM14kg dan terung daripada RM5 kepada RM9kg.