8692
2024-02-13 10:17:28
Open
Shafie bin Wahab
Wanita, Penjara
13 February 24
2023-07-13
Malaysia
Black and white
Bernama
Penjara Wanita Kajang menjadi penjara pertama di negara ini melaksanakan Program Wanita Bangkit Bersasar yang bertujuan membantu bekas banduan wanita menjalani kehidupan lebih baik selepas keluar daripada penjara.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata projek rintis itu merupakan kesinambungan kepada Program MyKasih Kapital yang diperkenalkan semasa tempoh pandemik COVID-19, dengan menyasarkan wanita yang berbakat dalam menjalankan perniagaan tetapi tidak boleh keluar rumah disebabkan kekangan tertentu seperti menjaga anak.
“Jadi apa yang kita buat ialah melalui Yayasan Kebajikan Negara, kita bagi bantuan modal RM500 dan peralatan untuk mereka menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dan sejak Disember lepas seramai 5,000 wanita telah dibantu.