8710
2024-02-13 16:06:39
Open
Anis Sofea Thalaha
Konflik Palestin dan Israel, Kekejaman Israel
13 February 24
Malaysia
Color
Kuala Lumpur
GENEVA: Rakyat Palestin di pusat tahanan dan penjara bukan sahaja berdepan penyeksaan fizikal dan mental daripada tentera Israel, malah diaibkan di hadapan orang awam yang dibenar menyaksikan mereka didera dengan cara memalukan.
Menurut Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Med (Euro-Med), tahanan Palestin yang baru dibebaskan melaporkan tentera Israel mempelawa orang awam ketika sesi soal siasat untuk menyaksikan penyeksaan dan layanan tidak berperikemanusiaan.