3511
2022-06-30 11:36:30
Open
Dini Sharleena bt Subhi Shah
Kesihatan, Covid 19
30 June 22
2022-06-16
Malaysia
Wilayah Persekutuan
Black and white
Berita Harian
Kuala Lumpur
Selepas hampir tiga bulan negara berada dalam fasa peralihan ke era endemik, kes jangkitan COVID-19 kini dilihat semakin terkawal. Meskipun begitu, yang lebih membimbangkan adalah kesan lain yang diakibatkan oleh virus itu termasuk ke atas mereka yang pulih daripada jangkitan. Satu daripada kesan itu ialah gejala long COVID yang menurut pakar boleh
menjejaskan kualiti hidup seseorang jika tidak ditangani dengan baik. Walaupun kebanyakan pesakit pulih tanpa sebarang masalah, ada segelintir yang
mengalami kesan berpanjangan termasuk yang dikaitkan dengan gejala long COVID dan sindrom kelesuan kronik. Menurut pakar, opsyen terbaik adalah bersenam secara tetap memandangkan aktiviti itu diketahui dapat meningkatkan imuniti seseorang.