4133
2022-09-15 11:08:14
Open
Shafie bin Wahab
Pendakap Gigi Palsu, Kesan Pendakap Gigi
15 September 22
2022-07-05
Malaysia
Terengganu
Internal
Oem
BERNAMA
Black and white
Keinginan mengikuti trend memakai pendakap
gigi untuk tampil lebih cantik berakhir tragedi hanya disebabkan keghairahan
mendapatkan perkhidmatan pergigian tersebut pada harga rendah.
Menurut Nur Amira Afiqah, 24 tahun, beliau terjebak selepas rakan-rakan kolej
mencadangkan "klinik†yang menawarkan perkhidmatan pemasangan pendakap gigi
pada harga serendah RM500, membuatkannya tidak berfikir panjang dan terus
menempah temujanji.
"Tiga bulan pertama tiada masalah dan saya selalu hadir temujanji. Masa tu saya
perasan gigi saya ada pergerakan jadi seronoklah. Tapi tiba-tiba saya terbaca di
Twitter tentang klinik yang saya pergi itu klinik pergigian haram,†katanya kepada
Bernama.
Demi mendapatkan kepastian, Nur Amira membuat pemeriksaan di klinik pergigian
bertauliah dan ternyata giginya dalam keadaan yang teruk.