4309
2022-11-14 15:23:36
Open
Dini Sharleena bt Subhi Shah
Bajet 2023, Pendapatan Keluarga Malaysia
14 November 22
2022-08-22
Malaysia
Wilayah Persekutuan
Black and white
Berita Harian
Kuala Lumpur
Ismail Sabri juga berjaya meletakkan asas pentadbiran kukuh apabila memperkenal konsep Keluarga Malaysia sejurus mengangkat sumpah memegang jawatan. Ia gagasan pentadbiran baik, apatah lagi Malaysia memiliki masyarakat majmuk sangat bervariasi sama ada etnik, agama dan budaya.
Konsep ini menekankan rakyat sebagai keluarga besar hidup bersama, saling melindungi dan bekerjasama untuk mencapai kemakmuran serta berkongsi hasil. Walaupun pelbagai usaha sudah dilakukan untuk membawa konsep ini ke tengah
masyarakat, terutama siri Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di setiap negeri, masih ada ruang untuk memperkasakannya.