4340
2022-11-27 12:26:31
Open
Dini Sharleena bt Subhi Shah
Bajet 2023, Kewangan Negara
27 November 22
2022-09-14
Malaysia
Wilayah Persekutuan
Color
Berita Harian
Kuala Lumpur
Perbelanjaan perlu produktif dan bersasar. Produktif di sini bermaksud perbelanjaan yang dapat meningkatkan pertumbuhan 'ekonomi' rakyat dan dapat meningkatkan kapasiti ekonomi pada masa hadapan. Antara strategi meningkatkan pertumbuhan 'ekonomi' rakyat adalah perbelanjaan pelaburan terhadap sektor pertanian. Misi utama adalah untuk mengurangkan import dan meningkatkan tahap sara diri komoditi pertanian kita. Ekonomi digital juga perlu dirakyatkan agar rakyat dapat memanfaatkan bentuk ekonomi baharu ini untuk meningkatkan sumber pendapatan mereka.