4351
2022-11-29 11:36:37
Open
Dini Sharleena bt Subhi Shah
Perjanjian Swap Mata Wang Tempatan Dua Hala (LCBSA), Rangka Kerja Penyelesaian Mata Wang Tempatan (LCSF)
29 November 22
2022-09-27
Malaysia
Wilayah Persekutuan
Color
Harian Metro
Kuala Lumpur
ank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Indonesia telah memperbaharui Perjanjian Swap Mata Wang Tempatan Dua Hala (LCBSA) dengan jumlah pengaturan swap hingga RM8 bilion/28 trilion rupiah pada 23 Sept, 2022 bagi mengukuhkan kerjasama yang sedia terjalin antara kedua-dua bank pusat itu.
Perjanjian yang diperbaharui ini akan berkuat kuasa untuk tempoh tiga tahun susulan daripada perjanjian pertama yang ditandatangani pada 2019. LCBSA ini juga menyumbang kepada Rangka Kerja Penyelesaian Mata Wang Tempatan (LCSF) antara kedua-dua negara iaitu pengaturan yang menggalakkan penggunaan mata wang tempatan secara lebih meluas bagi penyelesaian perdagangan dan pelaburan.