4990
2023-02-07 10:14:12
Open
Shafie bin Wahab
Berkhatan, Kecuaian, Ganti rugi
07 February 23
2022-07-05
Malaysia
Terengganu
Internal
Black and white
BERNAMA)
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak
permohonan Kerajaan Malaysia dan empat pihak lain untuk menangguhkan
pelaksanaan penghakiman berhubung pembayaran ganti rugi berjumlah RM3.1 juta
kepada seorang pemuda yang terpotong kepala alat sulitnya ketika berkhatan 12
tahun lepas.
Selain kerajaan, empat pihak yang merupakan defendan ialah pegawai perubatan dan
pengarah Hospital Kuala Lipis di Pahang serta doktor pakar dan pengarah Hospital
Selayang di Selangor.
Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas mendapati tiada keadaan
istimewa membolehkan mahkamah memberi penangguhan pelaksanaan
penghakiman dipohon kesemua defendan.