6443
2023-07-17 11:25:36
Open
Shafie bin Wahab
Konjak jeli, Tercekik
17 July 23
2022-11-14
Malaysia
Black and white
Bernama
Kementerian Kesihatan (KKM) memantau
produk jeli di pasaran tempatan secara berterusan termasuk produk konjak jeli yang
mendatangkan risiko tercekik kepada kanak-kanak.
Pengarah Kanan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Norrani Eksan berkata
berdasarkan pemantauan dari 2018 hingga kini, sebanyak 649 produk jeli telah
disampel dan 352 daripadanya adalah produk konjak jeli.
"Enam sampel produk jeli telah dikesan tidak mematuhi Peraturan 139A dan telah
dikenakan tindakan penarikan balik produk oleh KKM,” katanya dalam satu kenyata an
di sini hari ini.
Di Malaysia, produk konjak jeli dikawal di bawah Peraturan 139 (konfeksi sajian) yang
menyatakan jeli dengan diameter melebihi 45 milimeter boleh mengandungi konjak
dan Peraturan 139A (konfeksi jeli terkawal) iaitu jeli dengan diameter kurang atau
sama dengan 45 milimeter tidak boleh mengandungi konjak.