6856
2023-08-21 10:34:54
Open
Shafie bin Wahab
Haagen-Dazs, Aiskrim
21 August 23
2022-08-23
Malaysia
Internal
Black and white
Bernama
Penjualan aiskrim vanila jenama Haagen-
Dazs ditarik balik dari pasaran sejak bulan lepas setelah dikesan mengandungi bahan
karsinogenik Ethylene Oxide (ETO) melebihi tahap dibenarkan.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sejak isu
tersebut dilaporkan dan notifikasi diterima bulan lepas, pihak syarikat yang
mengimport aiskrim berkenaan telah menarik balik produk terlibat di pasaran secara
sukarela.
"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum mengenai isu penarikan
balik produk aiskrim berjenama Haagen-Dazs dari pasaran Eropah kerana
mengandungi bahan karsinogenik Ethylene Oxide (ETO) berdasarkan laporan
notifikasi European Union Rapid Alerts Systems for Food and Feed (EURASAFF), "
katanya dalam kenyataan hari ini.