6962
2023-09-06 11:40:48
Open
Shafie bin Wahab
Parlimen, PRU 15
06 September 23
2022-08-28
Malaysia
Internal
Black and white
Bernama
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang berlangsung pada 2018 meninggalkan impak yang besar terhadap landskap politik Malaysia sehingga kini.
Sejak tarikh 9 Mei 2018, banyak perkara di luar jangka disaksikan rakyat Malaysia termasuk ‘panggilan’ Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) atas pelbagai alasan.
Sepanjang penggal Parlimen ke-14, sebanyak 12 PRK diadakan dengan empat PRK pada 2018, lima pada 2019 dan tiga berlaku pada 2020.
Tiga PRK tidak diadakan selepas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan proklamasi darurat bagi membendung penularan COVID-19 iaitu Parlimen Batu Sapi berkuat kuasa 18 Nov 2020 serta Parlimen Gerik dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya masing-masing berkuat kuasa 12 Dis 2020.