7143
2023-10-03 10:15:37
Open
Shafie bin Wahab
Anwar Ibrahim, Mahathir Mohamad
03 October 23
2023-01-13
Malaysia
Internal
Black and white
Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu lagi polemik “permusuhan” atau “hubungan pasang-surut” antara beliau dengan Tun Dr Mahathir Mohamad diteruskan, sebaliknya semua pihak perlu menerima hakikat bahawa rakyat sudah memberi mandat kepadanya untuk menerajui kerajaan.
Tanpa menyatakan secara khusus mengenai status hubungannya dengan Tun Dr Mahathir, Anwar berkata tumpuan beliau ketika ini adalah melaksanakan tugasnya sebagai Perdana Menteri dan enggan melayani “kerenah” atau “celoteh” yang tidak relevan daripada negarawan itu.
“Belum ada apa-apa hubungan (situasi terkini) antara saya dengan beliau...saya pun hanya tumpu pada kerja saya (sebagai Perdana Menteri) dan saya tidak sangat melayani kerenah atau celoteh dia yang saya fikir tak begitu relevan.