7248
2023-10-10 08:51:02
Open
Shafie bin Wahab
Bedah otak, HQE 2
10 October 23
2023-01-15
Malaysia
Internal
Black and white
Bernama
Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE 2) dengan
kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah berjaya melakukan pembedahan
otak ke atas seorang pesakit dalam keadaan sedar penuh iaitu yang pertama
seumpamanya dijalankan di negeri ini pada Khamis (12 Jan).
Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata pembedahan
secara sedar atau ‘awake craniotomy’ itu dijalankan di Dewan Bedah HQE 2 di sini.
Katanya pembedahan itu usaha Pakar Bedah Otak HQE 2 iaitu Mr (Dr) M Sofan
Zenian dan Mr (Dr) Hezry Abu Hasan, bersama Pakar Bius Otak Fakulti Perubatan
dan Sains Kesihatan UMS Dr Yeap Boon Tat, serta Pakar Perunding Kanan
Pembedahan Otak Hospital Sungai Buloh Mr (Dr) Liew Boon Seng.