7271
2023-10-11 09:18:41
Open
Shafie bin Wahab
ASF, Ladang babi
11 October 23
2023-01-13
Malaysia
Internal
Black and white
Bernama
Pulau Pinang mengisytiharkan penyakit
demam babi Afrika atau African Swine Fever (ASF) di negeri itu sebagai bencana
selepas lima lagi ladang ternak babi dijangkiti penyakit itu.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata hingga hari ini, ia menjadikan keseluruhan
tujuh ladang ternak babi telah dijangkiti ASF dan membabitkan 25,000 ekor haiwan di
semua ladang berkenaan akan dimusnahkan secara berperingkat.
"Kerajaan negeri telah mengisytiharkan kejadian penyakit ASF di Pulau Pinang
sebagai bencana setelah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang
mengesahkan setakat ini, tujuh ladang babi komersial telah dijangkiti iaitu masingmasing
lima di Seberang Perai Selatan (SPS) di sini dan dua di Seberang Perai
Tengah (SPT), dekat sini.