7445
2023-10-25 10:51:05
Open
Shafie bin Wahab
Antikoagulasi, KKM
25 October 23
2023-03-29
Malaysia
Internal
Black and white
Bernama
Produk antikoagulasi (antipenggumpalan darah)
Dabigatran Etexilate Capsules USP 75 miligram (mg) dan 150 mg tidak berdaftar di
Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) melakukan semakan ke atas pangkalan
data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) berkaitan produk
itu, susulan laporan artikel dalam laman sesawang medscape.com bertajuk
‘Dabigatran Recalled Over Potential Carcinogen’ (Dabigatran ditarik balik kerana
disyaki mengandungi karsinogen) yang diterbitkan pada 23 Mac lepas.
Artikel itu melaporkan tindakan syarikat Ascend Laboratories LLC melaksanakan
proses menarik balik produk berkenaan secara sukarela hingga ke tahap pengguna,
susulan pengesanan bendasing nitrosamine dalam produk tersebut yang melebihi
tahap pengambilan harian boleh diterima (ADI) pada peringkat global.