8589
2024-02-01 09:35:38
Open
Shafie bin Wahab
Felda, Hemodialisis
01 February 24
2023-07-10
Malaysia
Black and white
Bernama
Pembinaan pusat hemodialisis di semua wilayah Felda dilihat sebagai satu keperluan berikutan jumlah pesakit dalam kalangan peneroka yang semakin bertambah selain membantu meringankan beban kewangan ditanggung setiap kali mendapatkan rawatan di hospital yang terletak agak jauh dari tanah rancangan.
Ketua Peneroka Felda Chini Timur 3 di Pekan, Zaid Sidek, 60, berharap Felda Gugusan Chini antara yang terpilih untuk menikmati kemudahan itu memandangkan ada pesakit buah pinggang kronik di situ perlu menempuh perjalanan lebih 50 kilometer (km) sehala ke Hospital Muadzam Shah, Rompin bagi rawatan dialisis.
"Rawatan pula tiga kali seminggu, bermaksud jumlah kos yang dikeluarkan untuk petrol bagi mereka yang menggunakan kenderaan sendiri juga tinggi. Kalau dapat dibuat sebuah (pusat hemodialisis) di sini, kos tersebut dapat dijimatkan.