8591
2024-02-01 10:07:11
Open
Shafie bin Wahab
Pengawetan Krio, IVF
01 February 24
2023-07-14
Malaysia
Black and white
Bernama
Kaedah pengawetan krio (cryopreservation), iaitu penyimpanan telur dan sperma yang selamat dalam keadaan sejuk terlampau boleh membantu pasangan untuk merancang keluarga selain dapat melindungi dan memastikan penjagaan berterusan kesuburan pasangan suami isteri.
Kaedah ini amat berguna bagi individu yang berhasrat untuk melambatkan atau mempercepatkan proses merancang keluarga atau menjadi ibu bapa.
Pakar Perunding Perbidanan, Sakit Puan dan Perubatan Kesuburan Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV) Dr Farah Leong Rahman menjelaskan bahawa pengawaten krio menggunakan cecair nitrogen untuk membekukan telur, sperma atau embrio pada suhu di bawah sifar – iaitu sekitar -320 darjah Fahrenheit (-195 darjah Celsius) untuk disimpan bagi kegunaan masa hadapan.