7695
2023-11-29 09:35:43
Open
Shafie bin Wahab
Dewan Rakyat, Rang Undang-Undang (RUU)
29 November 23
2023-04-04
Malaysia
Black and white
Bernama
Setelah 31 hari bersidang, persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15 melabuhkan tirai hari ini. Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul dalam ucapan penangguhannya menzahirkan rasa syukur kerana pada persidangan Dewan Rakyat kali ini, pembukaan penggal parlimen dapat dilaksanakan dengan penuh istiadat setelah tiga tahun negara berhadapan dengan penularan wabak COVID-19. “Mesyuarat pada kali ini juga telah memperlihatkan pelbagai pembaharuan yang diterapkan dalam urusan Dewan Rakyat antaranya jumlah pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan kerap kali melebihi daripada 10 pertanyaan lisan.