7775
2023-12-06 10:23:04
Open
Shafie bin Wahab
Usahawan, Lemang
06 December 23
2023-04-27
Malaysia
Black and white
Bernama
Kepelbagaian jenis lemang dijual Shamsur Ezam Mohd
Afandi, 38, seperti lemang pulut hitam, lemang jagung dan keunikan ‘lemang Perak’
(campuran lemang pulut hitam dan jagung) menjadikan ‘Lemang Klebang Putra’
antara pilihan penggemar juadah Aidilfitri itu.
Biarpun memasuki Syawal keenam, gerai lemang Shamsur Ezam tidak putus
menerima pelanggan yang mahu mengambil lemang ditempah lebih awal sejak
Ramadan lagi.
Perniagaan diwarisi sejak tahun 2000 dari keluarganya itu mempunyai ratusan
pelanggan setia saban tahun yang mahu merasa keenakan lemang tersebut setiap
kali menjelang Aidilfitri selain turut menerima tempahan di luar musim perayaan.